WALAUPUN diselubungi dengan masalah kerendahan moral dan ketirisan kecekapan anggota, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang difaraidkan Kapal Perang Dunia Kedua masih mahu menunjukkan ‘taring tumpul’ dengan membawa wartawan Sabah ‘belayar sambil menunjukkan aksi’ kehebatan mereka sebagai Penanda Aras Penguasaan global Wilayah Maritim di Malaysia.
Wartawan yang dibuai keseronokan kerana berpeluang melancong dengan KM Banggi tidak menyedari ‘agenda di sebalik enigma’ APMM yang semakin karam dengan pelbagai masalah dalaman seperti rasuah dan salahgunakuasa yang menjerut imej Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah Perdana Menteri disanggah dengan kes kehilangan engine jet ketika menjadi Menteri Pertahanan.
Ketua Penguatkuasa APMM, Laksamana Pertama Kapten Mohd Taha dan Pengarah Operasi Wilayah Kapten Amir Azhua, tanpa sedar telah menyalahgunakuasa membazirkan wang awam semata-mata untuk membina hijab yang menghalang wartawan menghidu kejalangan yang mereka lakukan selama ini.
APMM yang mempunyai cita-cita menggunung tetapi dikekang anggota kurang kekompetensi kerana tidak mempunyai komitmen dan kekurangan semangat patriotik disebabkan sudah berkarat jiwa ketika berkhidmat dengan TLDM sebelum ‘dijual’ kepada APMM secara borong atau lambak.
Bagaikan membenamkan paku ke leher Pontianak, laporan Sabahkini.net membuktikan bahawa hampir semua pegawai yang tidak berdisiplin diwariskan kepada APMM menanam sikap buruk dan amalan keji yang membudayakan rasuah dan gejala songsang di dalam kapal yang menghirup wang rakyat.
Lt Madya Mohd Khair Baharom dan Bintara Muda Tadza adalah dua contoh personel berlainan pangkat dalam APMM tetapi daripada spesis yang sama kerana mempunyai ‘dua personaliti’; sebagai pegawai awam di suatu masa dan sebagai pengedar dan penagih dadah dalam masa yang sama.
Memandangkan dua personel ini telah dicekup Anti Narkotik PDRM dan demi untuk ‘cover-up’ isu yang boleh mencemar imej Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipertanggung jawab menjaga agensi penguatkuasa ini, maka APMM Sabah bukan sahaja memindahkan dua fail sulit personel ini ke Putrajaya, malah menukarkan mereka jauh daripada Sabah untuk menutup mulut dan memadam bukti yang ada pada mereka.
Bintara Muda Tadza Mustafa misalnya adalah ‘harta yang paling bernilai’ bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mereka ingin membongkar Skandal Seks, rasuah dan salahgunakuasa dalam APMM yang melibatkan hampir tiga perempat personel APMM.
Tadza tahu siapa yang terlibat melanggan ‘GRO’ dan membawa ‘Bohsia’ masuk ke dalam Kapal KM Banggi semasa penyelenggaraan yang menelan belanja RM25 juta di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar.
Tadza juga tahu kenapa Pegawai Komander KM Banggi, Vincent Rajamoney ditukar ke Putrajaya serta merta dan kenapa isteri Bintara Muda Tarmizi datang berjumpa suaminya di KM Banggi kerana Tarmizi berkahwin mengejut dengan seorang GRO yang selama ini melayan Tarmizi di atas kapal APMM berkenaan.
Ketika KM Banggi diselenggara di Kota Kinabalu, hampir kesemua personel kapal berkenaan asyik berseronok dengan pelacur atau GRO sehingga tiada pegawai yang menjaga kerja-kerja penyelenggaraan; namun Tadza adalah Kunci yang menyimpan rahsia semua kejalangan yang dilakukan oleh Pegawai APMM di atas Kapal Banggi secara tepat.
Akibatnya, seorang Pegawai kontrak APMM yang selama ini jujur seperti Tarmizi sanggup berlaku curang di belakang isteri dan terjebak dengan cinta tiga segi dan pelbagai kegiatan jenayah lain yang mencemar maruahnya.
Mungkin wartawan dan rakyat kebanyakan tidak mengetahui kos sebenar perbelanjaan KM Banggi bagi setiap pelayaran; apatah lagi ianya terlalu mahal kerana mempunyai 72 krew dan menggunakan minyak lebih RM100,000, tidak termasuk bekalan makanan RM15,000 bagi setiap pelayaran yang dilakukan dalam tempoh dua minggu sekali.
KM Banggi yang dipatenkan atau diwar-warkan sebagai kapal tercanggih APMM hanya gah pada nama, namun apabila rapat ke jeti akan bertukar menjadi Pusat Pelacuran kerana Bintara Muda Tadza Mustafa membawa pelacur untuk memuaskan nafsu anak-anak kapal; menjadi Pusat Perjudian, Pusat Arak dan Penagihan Dadah tanpa kawalan.
Menurut sumber dalaman KM Banggi, Tadza sering membawa antara sepuluh hingga dua puluh lima orang pelacur untuk memuaskan nafsu anak kapal KM Banggi secara ‘bergotong royong’ terutama yang mengalami penagihan syabu dan memerlukan wanita untuk melampiaskan gian mereka seminggu selepas mengambil syabu.
Walaupun Tadza mengalami masalah ‘Facial Paralysis’ akibat pengambilan syabu secara berlebihan, namun beliau tidak pernah diarah untuk menjalani ujian air kencing kerana menjadi saksi mata kepada segala kejalangan yang berlaku di atas Kapal KM Banggi.
Sewajarnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadikan Tadza sebagai saksi utama untuk membongkar segala Skandal Rasuah terutama penyeludupan minyak diesel melalui KM Berani dan KM Ikhlas kerana Tadza terlalu penakut walaupun bertubuh besar dan mudah memberikan bukti jika tertekan kerana gian dadah. Sebagai ‘Mat Gian’ Tadza sanggup menjual kawan untuk menyelamatkan dirinya.
“Dia dan Khair mengetahui segala-galanya dan menjadi saksi mata kepada kejalangan yang dilakukan oleh pasukan APMM, terutama kes penyeludupan minyak diesel. Pasal itu dia ditukar segera ke APMM Langkawi dan Khiar ke Kuala Perlis bagi menutup kes Syabu yang dilakukan Khair,” ujar ‘Deep Throat’ APMM di Kota Kinabalu yang bimbang kedua saksi mata ini akan dilenyapkan bagi melupuskan bukti.
Dalam pada itu, mesyuarat pegawai APMM Sabah di Kota Kinabalu baru-baru ini menemui jalan buntu untuk menyelesaikan isu yang dilaporkan Sabahkini.net kerana tidak ada pegawai yang berani mengesyorkan sesuatu. Kesemua pegawai yang menghadiri mesyuarat berkenaan melahirkan kebimbangan akan berlaku rombakan dalam APMM kerana isu dadah, pelacuran dan penyeludupan minyak diesel yang disifatkan telah mencemarkan imej APMM.
Menurut ‘Deep Throat’ APMM lagi, Pengarah Pentadbiran APMM Sabah, Nurlianeh yang sudah mendapat bayangan akan ditukarkan segera ke Semenanjung Malaysia, cuba menggunakan beberapa wartawan dan kabel yang dipercayai untuk berunding dan menyelesaikan isu ini secara saksama dengan Editor Sabahkini.net bagi membersihkan namanya kerana bimbang jika mengheret Sabahkini.net ke mahkamah akan menyerlahkan apa yang disorok selama ini.
Lebih melucukan, Pengarah APMM Sabah, telah menyalahguna kuasanya membawa wartawan belayar dengan kapal APMM untuk membuktikan kehebatan APMM yang menggunakan kapal perang dunia kedua dan dakwaan Sabahkini.net meleset.
Namun amat menghairankan kenapa wartawan tidak di bawa ke Kapal KM Berani dan KM Ikhlas yang didakwa menyeludup minyak diesel milik APMM dan hanya menggunakan KM Banggi yang sebelum ini menjadi Agen Penyeludupan Syabu dan Pusat Pelacuran?.
Sementara itu, Editor Sabahkini.net yang berbulan madu di Langkawi melaporkan beberapa kelibat anggota APMM dan Risik APMM sedang memperhatikan gerak-gerinya dan terpaksa memendekkan percutiannya setelah merasa terganggu dengan kehadiran ramai pegawai APMM yang mengambil gambar daripada jauh dan sentiasa mengekorinya.
Seorang anggota APMM yang bertubuh gempal dipercayai Tadza sedang memeriksa semua Chalet dan hotel untuk mengesan jejak Editor Sabahkini.net di Langkawi, namun gagal mengesan Editor Sabahkini.net yang dihubunginya baru-baru ini yang terpaksa bermalam di dalam bot laju sebelum berangkat ke suatu arah yang belum diketahui.
Bagaimanapun, dipercayai Editor berkenaan masih berada di Langkawi dan sedang menjalankan siasatan latar belakang Tadza dan Khair yang dipercayai berada di Kuala Lumpur kerana ingin membongkar enigma yang selama ini disimpan rapi APMM.
Wartawan Sabahkini.net akan terus membongkar Skandal APMM sehingga SPRM menjalankan siasatan rapi dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan sebagaimana kejayaan beberapa siri pembongkaran sebelum ini.
Saturday, December 26, 2009
PAS TIDAK AKAN KECUNDANG
SHAH ALAM – Pas Kelantan tidak akan kecundang jika mereka memberi keutamaan kepada anak tempatan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Penganalisis politik, Asri Salleh berkata, istilah ‘kecundang’ tidak ada dalam diari Pas Kelantan.
"Pengundi negeri itu akan tetap memilih calon Pas, tidak kira mereka anak tempatan atau orang luar," katanya, semalam.
“Politik Pas Kelantan sangat berbeza dengan politik Pas di negeri lain. Rakyat Kelantan terlalu taksub dengan parti itu dan Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).
“Mereka tidak kisah sama ada calon itu berasal dari Kelantan atau tidak. Paling penting, mereka bertanding atas nama Pas dan mampu menggalas tugas yang diamanahkan sebaik mungkin,” katanya yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara, kampus Dungun, Terengganu.
Beliau mengulas mengenai cadangan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud supaya anak Kelantan diberi keutamaan menjadi calon di negeri itu pada PRU-13.
Berikutan itu, Nik Aziz berkata Pas Kelantan akan menimbangkan perkara itu.
Pada pilihan raya umum lalu, Kelantan membuka ruang kepada pemimpin Pas dari luar Kelantan untuk menjadi calon Parlimen di negeri itu.
Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (Bachok) dan Bendahari Pas Pusat Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), di samping Saifuddin Nasution (Machang) yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga orang luar Kelantan.
“Yang menjadi persoalan, apakah Pas Pusat berani melaksanakan cadangan itu, memandangkan calon import adalah nama-nama besar dan berpengaruh?" katanya.
Beliau tidak pasti Pas Pusat akan menerima cadangan mengutamakan anak Kelantan menjadi calon di negeri itu. Ada kemungkinan ditolak.
“Pas Pusat pernah menolak cadangan Nik Aziz supaya mesyuarat agung luar biasa diadakan untuk menimbang kedudukan beberapa pemimpin Pas yang disifatkan bermasalah dan yang pro-UMNO," katanya.
Ditanya sama ada isu keutamaan kepada calon tempatan ini boleh menimbulkan masalah dan memerlukan campur tangan parti komponen Pakatan Rakyat lain, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Asri berkata, perkara itu bergantung kepada tindakan pemimpin masing-masing.
“Pandangan saya cukup mudah. Bagi menyelesaikan isu calon ini dan memperkuatkan kerjasama antara mereka, PKR dan DAP perlu campur tangan,” katanya.

RAJA PETRA HIDUP MEWAH DI LONDON MUNGKIN DITAJA?
KUALA LUMPUR: Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, mungkin ditaja pihak tertentu bagi memburukkan pemimpin negara sehingga beliau mampu hidup mewah di luar negara, termasuk menyewa pangsapuri mewah di London.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata, gaya hidup mewah Raja Petra walaupun beliau sudah diisytihar muflis oleh mahkamah menimbulkan kemusykilan yang mungkin dia ditaja atau memperoleh dana daripada pihak tertentu.
"Siasatan perlu dilakukan polis bagi mengetahui sama ada Raja Petra memperoleh dana atau ditaja daripada mana-mana pihak sehingga beliau mampu menyewa pangsapuri mewah di Gloucester Bayswater, London.
"Jika benar, tindakan perlu dilakukan terhadap pihak yang menaja itu," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini semalam.
Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau dituduh menerbitkan artikel bertajuk "Let's send the Altantuya murderers to hell" dalam blog www.malaysia-today.net, bertarikh 25 April 2008.
Selain itu, Raja Petra juga dituduh memfitnah Rosmah serta dua yang lain dalam satu akuan bersumpah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 18 Jun tahun lalu.
Mahkamah Sesyen pada 11 dan 13 November lalu bagaimanapun membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak pendakwaan gagal mengesannya.
Mohd Puad berkata, polis juga perlu menyiasat pangsapuri siapakah yang disewa Raja Petra sama ada ia milik seseorang atau organisasi tertentu.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata, polis memerlukan masa untuk menjejaki Raja Petra untuk melakukan proses extradisi ke Malaysia.
"Kita perlu tunggu proses, bukan hari ini kita cakap, esok juga kita kena tangkap dia. Dia adalah orang yang dikehendaki tapi perlu tunggu sehingga siasatan selesai. Boleh jadi mereka nak bicara dia di situ dulu," katanya.

3 KERETA PERDANA V6 KERAJAAN TERENGGANU HILANG
Pembaziran wang rakyat oleh rejim BN terus berlaku dan kali ini di Terengganu yang melibatkan kehilangan tiga buah kereta Proton Perdana V6 untuk kegunaan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilaporkan hilang di tiga tempat berasingan sepanjang tahun lalu.
Laporan mengenai kehilangan kereta itu diperoleh berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi 2008.
Wakil rakyat PAS/PR, Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) ketika membangkitkan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempertikaikan kehilangan itu yang disifatkannya tidak sepatutnya berlaku.
Menurutnya, mengikut laporan itu kereta bernombor pendaftaran TAF 2277 yang digunakan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu hilang di tempat letak kereta restoran makanan segera KFC di Batu Buruk di sini.
''Sebuah lagi kereta bernombor pendaftaran TAM 323 hilang di tempat letak kereta Tesco, Ampang, Selangor, manakala kereta bernombor pendaftaran TAF 8181 bagi kegunaan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri hilang di rumahnya,'' katanya semasa membahaskan Bajet Terengganu 2010 pada persidangan DUN hari ini.
Jelasnya, beliau membangkitkan isu berkenaan bagi menyedarkan betapa tidak seriusnya pegawai kerajaan negeri dalam mengawasi dan menjaga kereta milik kerajaan.
''Saya bukan mereka-reka cerita tetapi pendedahan dibuat setelah meneliti laporan tersebut. Walaupun semakan audit mendapati tiga pegawai telah membuat laporan polis pada hari kehilangan tetapi pemantauan kurang dilakukan.
''Sehingga kini satu kes kehilangan kenderaan (TAF 2277) telah selesai manakala dua kes lagi masih di tangan Jawatankuasa Penyiasat,'' katanya.
Sebuah dari kereta itu telah ditemui manakala dua lagi kekal hilang.
Sementara itu, turut dilaporkan hilang awal tahun ini ialah sebuah jengkaut milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang hanya dijumpai di tempat pembuangan sampah MBKT di Kampung Tok Koh, Sungai Ikan.
Beliau berasa hairan bagaimana jengkaut sebesar dan seberat puluhan tan metrik itu boleh hilang tambahan pula harganya mencecah RM1 juta.
Posted by Admin at Saturday, December 26, 2009

PKR GESA MANSUH OSA ELAK SELEWENG
SHAH ALAM – Akta Rahsia Rasmi (OSA) perlu dimansuhkan segera bagi menjamin penyelewengan tidak dilakukan sewenang-wenangnya dalam urusan pentadbiran dan pengurusan kerajaan.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R Sivarasa (gambar) berkata, kerajaan perlu memansuhkan OSA segera dan menggubal akta baru bagi menggantikannya seperti Akta Kebebasan Maklumat.
“Jika Akta OSA dipinda, rakyat akan dapat mengesan lebih awal jika terdapat sesuatu penyelewengan yang cuba dilakukan oleh pegawai kerajaan atau menteri, bukanlah sudah dua tahun berlaku baru hendak siasat setelah ianya menjadi buah mulut masyarakat.
“Kami yakin jika Akta OSA dimansuhkan, wang rakyat dapat diselamatkan dan digunakan untuk keperluan meningkatkan taraf hidup dan produktiviti rakyat malah penyelewengan dapat dibanteras,” katanya mengulas mengenai kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan menjadikan kebebasan maklumat sebagai dasar utama kerajaan jika gabungan parti pembangkang itu berjaya mengambil alih pimpinan kerajaan Barisan Nasional.
“Kehilangan enjin pesawat yang merupakan harta untuk pertahanan negara menggambarkan lebih banyak penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah yang berlaku, lebih teruk dari apa yang digambarkan rakyat sekarang ini.
“Oleh itu, bagi mengelakkan budaya negatif itu menjadi nadi kepada pemerintah, PR merasakan rakyat mempunyai hak untuk mengetahui pengurusan kerajaan dengan mengutamakan kebebasan media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan Internet,” katanya.
Beliau berkata, kehilangan enjin pesawat TUDM pada 2007 itu membuktikan pengurusan kerajaan BN yang lemah dan tidak telus dan keselamatan rakyat tidak terjamin.

AHLI PARLIMEN IMPORT PAS KELANTAN TUTUP MULUT
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ahli-ahli Parlimen 'import' Pas di Kelantan mengambil jalan selamat dengan mengunci mulut berhubung pendirian Pas negeri itu yang akan mempertimbangkan hanya calon tempatan sahaja bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub ketika dihubungi Utusan Malaysia enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak lain untuk menilai prestasinya.
''Saya enggan komen, tidak manis kerana saya merupakan orang yang terlibat secara terus dalam isu ini. Biarlah orang lain yang beri komen dan menilai prestasi saya,'' katanya yang berasal dari Johor dan memenangi kerusi Parlimen itu selama dua penggal berturut-turut bermula 2004.
Pada masa ini terdapat empat ahli Parlimen dari luar negeri itu yang memenangi kerusi di Kelantan.
Mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (Parlimen Bachok); Salahuddin yang juga Naib Presiden Pas; Bendahari Pas, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (Kuala Krai) dan Saifuddin Nasution Ismail (Machang) atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Salahuddin diminta mengulas pendirian Pas Kelantan untuk mempertimbangkan cadangan agar hanya anak kelahiran negeri itu sahaja diberi keutamaan menjadi calon Parlimen dalam PRU akan datang.
Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam dilaporkan berkata, cadangan agar anak kelahiran tempatan diberi keutamaan menjadi calon bertanding kerusi Parlimen dalam PRU akan dibincangkan dalam mesyuarat Pas negeri.
Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata demikian ketika diminta mengulas pendapat Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Datuk Muhammad Daud yang mengemukakan cadangan itu.
Pada PRU lalu, Pas Kelantan memperuntukkan tiga kerusi Parlimen kepada pemimpin tertinggi parti itu yang berasal dari luar.
Sementara itu, Saifuddin yang berasal dari Kedah merupakan satu-satunya calon PKR yang bukan anak tempatan bertanding di kerusi Parlimen negeri ini.
Pakatan pembangkang ketika itu memperuntukkan sebanyak tiga kerusi Parlimen di negeri ini untuk ditandingi PKR iaitu Parlimen Machang, Tanah Merah dan Ketereh. Mereka memenangi kesemua kerusi tersebut.
Dalam pada itu, Dr. Mohd. Hatta ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen mengenai cadangan Pas negeri itu.
Beliau memberikan reaksi ringkas: "Saya rasa cukuplah dengan kenyataan Salahuddin itu, saya tidak mahu tambah apa-apa."
Mengulas isu sama, Saifuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR berkata, cadangan itu tidak membabitkan calon PKR, malah ia lebih terarah kepada calon Pas sahaja.
''Komen Menteri Besar itu hanyalah berkisar mengenai calon Pas. Tidak ada kaitan dengan PKR. Jadi terserah kepada Pas,'' katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)